Kerjaya hiburan Iwa Moto

Moto menghadiri uji bakat untuk StarStruck musim kedua namun gagal mara pada pusingan kelayakan sehingga berjaya diuji bakat untuk musim ketiga dimana beliau mara sebagai Puteri Pertama bersama Gian Carlos sebagai Putera Pertama. Selas StarStruck, Moto tampil dalam SOP Gigsters, Love to Love: Young At Heart dan Nuts Entertainment.

Moto menjalani 6 minggu bersama dengan Jackie Rice. Selepas penggantungan, Moto kembali ke Nuts Entertainment, menjadi salah seorang pelakon Bakekang, drama waktu pertamanya dimana beliau memegang watak Jenny, rakan karib Kristal (lakonan Lovi Poe) dan juga musim terakhir Love to Love yang merupakan Jazz Got Lucky. Moto juga menceritakan kisah hidupnya dalam Magpakailanman.

Pada tahun 2007, Moto tampil dalam Super Twins, dimana beliau memegang watak Moshi Moshi Manika, peranan antagonis pertamanya. Setelah itu, Moto memegang watak Rita dalam siri ketiga Sine Novela, Kung Mahawi Man Ang Ulap, dimana ia mendapat sambutan dari para penonton.[2][3] Selepas muncul dalam Kung Mahawi Man ang Ulap, beliau muncul pula dalam Zaido: Pulis Pangkalawakan sebagai orang kulit hitam amazon, peranan antagonisnya yang ketiga.[4][5]

Pada tahun 2008, Moto menjadi model gambar dari pertandingan FHM Filipina, menjadikannya orang Filipina ketiga yang menyandang gelatan tersebut setelah Asia Agcaoili dan Katrina Halili. Pada September tahun yang sama, Iwa menjadi penghias muka depan FHM Filipina untuk kali kedua.[6] Beliau sebelum ini menjadi penghias muka depan di FHM Singapura.

Selepas Zaido: Pulis Pangkalawakan, Moto menjadi pelakon pembantu dalam Joaquin Bordado karya Robin Padilla,[7] sebagai Diane, namun wataknya dimatikan kerana Moto terikat dengan siri kelapan Sine Novela, Magdusa Ka bersama Katrina Halili dan Dennis Trillo.[8] Setelah itu, Moto berlakon dalam Luna Mystika sebagai Donita Sagrado, antagonis utama dari watak lakonan Heart Evangelista.[9]

Pada tahun 2009, Moto muncul dalam siri waktu perdana Adik Sa'Yo sebagai Andrea, namun meninggalkan siri itu kerana terikat dengan drama Darna untuk memegang watak Valentina, antagonis utama dari Darna dan peranan terbesarnya dalam sebuah filem drama setakat ini.

Pada tahun 2010, Moto muncul kembali dalam Darna dan juga dalam Sine Novela: Ina, Kasusuklaman Ba Kita?, dengan memegang watak sebagai Rossan.[10] Beliau kemudian berlakon dalam Love Bug: "Last Romance" dan juga sebagai seorang pelakon undangan dalam Pilyang Kerubin dan dalam siri TV Beauty Queen.

Pada tahun 2011, beliau muncul dalam Dwarfina, bersama Heart Evangelista dan Dennis Trillo.[11] Projek TV terakhirnya ialah Andres de Saya, yang dibintangi oleh Cesar Montano dan Iza Calzado.

Pada tahun 2012, beliau muncul dalam Wil Time Bigtime namun meninggalkan rancangan itu kerana kontraknya dengan GMA Network tamat. Sehingga kini, belum diketahui samada beliau berpindah ke TV5 atau kekal bersama GMA-7.

Rujukan

WikiPedia: Iwa Moto http://www.imdb.com/name/nm2209850/ http://abante.com.ph/issue/apr0908/ent_other02.htm http://pep.ph/news/14011/GMA-7s-Pulis-Pangkalawaka... http://pep.ph/news/14186/Iwa-Moto-plays-her-most-d... http://www.pep.ph/news/14499/Iwa-Moto-gets-favorab... http://www.pep.ph/news/14817/StarStruck-3-runner-u... http://www.pep.ph/news/16315/Iwa-Moto-considers-se... http://www.pep.ph/news/18972/Iwa-Moto-goes-topless... http://www.pep.ph/news/19382/Luna-Mystika-casting-... http://www.pep.ph/news/21085/Iwa-Motos-father-pass...